Tuesday, 23 September 2014

Kencing Kotor atau Kencing Tidak Lawas semasa Hamil

Hello hai guys..

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua berkaitan kencing kotor ataupun kencing tidak lawas.. Sebabnya saya dulu masa pregnant anak pertama kerap juga kena kencing kotor ni. Bila pergi cek air kencing masa check up doktor cakap ok je... masalahnya kene kencing kotor ni masa tak pergi cek up. Sakitnya Tuhan je la yang tahu...kadang-kadang sampai tak boleh nak bangun...masih ingat lagi saya sampai tak boleh nak mengiring masa pregnant masuk 7 ke 8 bulan...masa tu rasa nak nangis sangat.. tahu la kan masa usia kandungan 7 ke 8 bulan tu perotnya dah memboyot sangat dah. nak bangun pon susah plus kaki bengkak plak tu..memang rasa cepat la keluar duhai anak...

Simptom kencing kotor

Masa saya mengandung dulu antara simptom ialah saya kencing tak puas. Maknanya kencing macam tak habis keluar. Rasa masih nak kencing tetapi air kencing dah tak ada. kalau dah rasa macam tu selang sehari or dua hari siapla sakit kat ari-ari ni. Sakit sangat yang sampai tak boleh nak tegakkan badan bila berdiri.

Punca

Kerap kali juga saya melalui pengalaman ini dan kadang kala jadi fobia. Bila bertemu doktor , mereka akan tanya adakah awak kerap kencing. Jawapan saya tak. Sebenanrnya kencing kotor ni akibat jangkitan kuman di bahagian alat sulit yang menyebabkan merebak ke saluran pundi kencing. Sebab tu sakit di ari-ari. Tapi dalam kes saya ni mungkin kurang minum air sebabnya saya kerja dalam air kon. kalau saya minum air banyak nanti asyik perlu ke toilet. Perot dah memboyot memang malas nak berjalan la.

Cara Mengatasi

Kata doktor, kalau kerap kencing kalau kita tak lap dengan bersih yang menyebabkan lembap dikawasan kemaluan kita bakteria akan mudah membiak. Sebab tu kalau nak tahan lama makanan kena kering or letak dalam peti ais.. kalu suhu panas makanan cepat basi kan... betol tak?? macam tu juga lah penjagaan kawasan kemaluan kita. Perlu make sure sentiasa kering. Pemakaian panti liner juga tidak digalakkan. Sebabnya kadangkala ibu yang hamil mengalami keputihan  yang banyak. Ini juga akan leads kepada jangkitan bakteria. Its better for you to keep hygene and dry.


Kata Doktor




Monday, 22 September 2014

Movie Review : Walking Dead

Salam and morning guys...

Hehe pagi-pagi dah rajin nak melayarkan jari-jari comel i ni kat atas keyboard ofis ni... datang awal so ini lah kerjanya...Walking dead?? apa tu?? bagi penggemar cerita zombie mesti tahu cerita ni...


Ini adalah antara pelakon-pelakon yang memegang watak utama dalam cerita walking dead ni... sebenarnya cerita ni dah lama pon... tspi maklumla i ni kan ketinggalan sikit... tapi i punye tertinggal sekali tengok mesti abis season punye... sekarang ni tahun 2014 dah masok season 5 so sebab tu lah nak buat movie review kat sini..

Kenapa Walking Dead?? Sebab cerita ni best la... i suke cerita-cerita horor macam ni...barulah adventure.. betol tak... ok lah ni saya nak story sikit pasal cerita ni.. tapi dari season 1-4 je la ek...kang basi pulak yang season 5.. hehe


ok cerita ni start dengan hero yang bernama Rick Grimes, seorang polis bersama kawan baik dia Shane Walsh. Satu hari Rick ditembak dan cedera parah..so si Shane ni bawak dia ke Hospital tanpa pengetahuan Lori iaitu isteri Rick. Tapi nak dijadikan cerita, ada huru hara berlaku tanpa pengetahuan mereka dimana tentera diberikan kuasa untuk membunuh semua orang kerana ada virus yang telah merebak namun puncanya tidak dapat dipastikan. Shane pada masa itu bersam Rick di Hospital. Oleh sebab keadaan yang huru hara dan rick yang tidak sedar Shane terpaksa meninggalkan kawan karib dia ni kat hospital dengan memblok pintu bilik Rick dengan Katil yang bersepah-sepah di luar bilik. Tidak pasti berapa lama selepas kejadian itu, Rick sedar dari unconcious dia tu dan keluar dari bilik dia. Tapi Rick terkejot bila keadaan di luar biliknya itu lintang pukang semuanya dan seakan-akan sudah lama dan hanya tinggal dia seorang..

Sejak itu bermula la kisah Rick mencari ahli keluarganya. Dalam pencarian itu, Rick bertemu dengan Morgan dan anaknya. Merekani lah yang rawat si Rick ni sampai Rick mampu berjalan dan jaga diri dia sendiri... Selepas itu, mereka terpisah sebab Rick nak mencari Lori dan anaknya Carl Grimes. Cari punya cari, rick berjumpa pulak dengan Gleen yang selamatkan dia daripada di makan zombie yang sangat banyak dan tengah lapar tu. Glenn ni pergi cari bahan makanan dan ubat-ubatan kat bandar Atlanta tu dengan beberapa orang kawan dia iaitu T-dog, Merle, dan andrea. Selepas selamatkn rick dan meninggalkan si Merle kat atas bangunan mereka pulang ke base yang terletak jauh dari bandar Atlanta. Sampai je kat base Rick sangat-sangat gembira sebab isteri dan anak dia ada dekat situ bersama shane yang bagitahu dekat lori sebelum tu yang si Rick ni dah mati sebab ditinggalkan kat hospital. So Rick happy tapi Lori??? haa cane nak happy sbb dah bersama dengan si shane tu sebab dia diberitahu yang Rick dah mati kan... Konflik Cinta tiga segi pon bermula antara Rick, Lori dan Shane. Yang menariknya, Shane ni rapat dengan anak si Rick  ni... itu membuatkan Lori susah hati.

Yang ada dekat Camp tu ialah Daryl, Dale, Carol, Amy and Sophia. Lupa nak cerita, Daryl adalah adik kepada Merle manakala Carol dan sophia ialah ibu dan anak. Andrea dan amy iailah adik beradik. Beberapa hari dekat camp tu tiba-tiba satu malam zombie dah sampai kat camp tu dan makan amy. Lepas tu dorang cari tempat perlindungan baru. Dalam pencarian tu sophia pulak hilang. Masa mencari sophia, Rick, shane dan Carl masok ke dalam hutan. Tiba-tiba ada orang nak tembak kancil tapi tertembus badan Carl. So orang yang tembak tu bawak la dorang bertiga ni ke rumah dia yang dipunyai oleh Hershell. Hershell ni doktor haiwan. Tapi nak selamatkan Carl ni kena lakukan pembedahan .. so dalam misi mencari  kelengkapan dekat kem tentera, Shane telah tembak orang yang tembak Carl selepas semua kelengkapan diperolehi. Tapi shane cakap dia tidak dapat selamatkan orang tu.. lupe la nama dia... tak glamer pon tu yang tak tahu...hehe watak dia pon skejap jer pastu dah mati kan... lepas tu carl pon selamat..

Lama dorang ni duduk dekat ladang tu. Glenn jumpe girlfren dia kat situ iaitu anak hershell nama Maggie. Jeng jeng jeng...banyak lagi berlaku ni... nanti i sambong lagi yer...penat la pulak menaip ni rupanya... c you guys.... muah!! Stay tuned ok...

Love You Mr Arrogant

Salam guys...

saya nak share sikit pasal certa yang hot kat tv3 pukul 7 dulu tajuknya Love You Mr Arrogant...tapi time dia hot tu saya tak tengok pon... sebabnya time tu kan sibuk nak solat...nak mandi..nak masak lagi... haa tapi las-las saya tengok jugak sebabnya panas telinga duduk dekat ofis orang cerita pasal cerita ni best kan... lepas tu bila tengok award-award yang ada kat tv semuanya pelakon cerita ni nama Zara Zya tu asyik menang je... so nak tahu la siapa Zara Zya tu... and siapa hero cerita yang meletop sangat tu... so i suruh la my lovly asben ni download kan kat i... hehe..



for your knowledge..my asben ni suke sangat download cerita...especially cerita omputih la.. dia tak layan sangat cerita melayu...haa bila mintak tolong download kan cerita Mr Arrogant ni puas la merayu bagai... las-las sebab sayangkan isteri dia yang comel ni (haha perasan kan) dia download gak la... tapi dia tak tengok tau...sabo je la...so lepas asben dah downloadkan tiap-tiap malam la dok melayan cerita ni.. adalah 2 ke 3 episod layan... kalu lebih dari tu lelap la jawabnye...haha memula asben tengok la sama-sama.. tp dia manala nak suka tengok cerita yang jahat-jahat la..perempuan pukul lelaki la... cerai berai la... al maklumla episod pertama je pasal hero ni ego sangat kan..and ntah pape ntah... memula tengok pon bole tahan meluat gak la..tp layan kan gak...



hari berganti minggu.. setiap malam dok la layan cerita ni.. las-las asben i agaknya pelik macam mana isteri dia yang kaki tido ni (hahaha) bole tahan mata tengok cerita ni.. so dia pon follo la sama...las-las sangkut pulak...kahkahkah... ha tu la gelakkan ena lagi kan...haa kan dah suka...yang tak bole blah dia pulak yang emo lebih...yang tu memang kelaka...

tapi nak story kat you all...cerita ni sweet la... so lovely si Irham ni... bole jatuh cinta wooo... memula tengok dia tak la ensem kan...tapi sebab comel..lama-lama tengok rasa dia ensem plak...hahaha sebenarnya nak share lagu je pon...

Tajuk lagu ni Tetap Menantimu by Nomad


Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Jangan Tinggalkan Aku by September Band




Mungkin aku terlalu menyayangimu semua yang ada padamu

karena kamu membuatku berarti hinggaku tak dapat menjauh
dalam setiap langkahku ku ingin kau disini
hingga akhir usiaku kau tetap menjadi yang terbaik untuk diriku


reff:

Aku takut engkau tinggalkan diriku 
mencoba mencari cinta
selain cinta yang ku berikan
aku takut engkau patahkan hatiku 
membuatku semakin terluka
dan tak akan pernah termaafkan


repeat reff



Aku takut engkau tinggalkan diriku mencoba mencari cinta

selain cinta yang kuberikan

Start Blogging

Assalamualaikum & Salam sejahtera....

Akhirnya saya berjaya membina sebuah blog!!! Macam-macam sudah bermain dalam kepala memikirkan apa yang hendak di coretkan di dalam blog ini..

Tujuan utama saya membina blog ini adalah untuk sharing dengan anda pengalaman-pengalaman saya dan apa-apa lah yang nak saya share kan. mula-mula fikir nama apa nak letak untuk blog baru saya .. puas la fikir... last-last palimg senang ialah nama saya... nama glamour la katakan... iaitu Puan Malin...

Dari mana asal puan malin?? nak tahu??

Haa nama saya sebenarnya ialah Nur Malina .. dulu masa sekolah rendah orang biasa panggil nama malina..nama tu diguna sampailah saya sekolah menengah.. tapi bagi yang rapat dengan saya akan panggil nama saya ena.. tapi jarang la kan... masok UPM ramai pulak yang nama ina.. ena ..iena.. yang asalnya amalina..azlina.. macam-macam lah.. las-las roomate nama piah panggil nama malin.. time tu pulak tengah buat study group dengan geng la...so dorang dengar nama malin tu macam best plak... so stat from that orang panggil Malin... nama kat facebook saya pun Pn Malin tau...so senang nak google by using 1 name only... then puanmalin.blogspot.com pun terciptalah dan bermula lah cerita saya....

Saya belajar buat blog ni daripada Mr google la jugak.. boleh search kt blog ni kalau nak belajar buat blog  . ok selamat berblog kawan2...