Tuesday, 23 September 2014

Kencing Kotor atau Kencing Tidak Lawas semasa Hamil

Hello hai guys..

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua berkaitan kencing kotor ataupun kencing tidak lawas.. Sebabnya saya dulu masa pregnant anak pertama kerap juga kena kencing kotor ni. Bila pergi cek air kencing masa check up doktor cakap ok je... masalahnya kene kencing kotor ni masa tak pergi cek up. Sakitnya Tuhan je la yang tahu...kadang-kadang sampai tak boleh nak bangun...masih ingat lagi saya sampai tak boleh nak mengiring masa pregnant masuk 7 ke 8 bulan...masa tu rasa nak nangis sangat.. tahu la kan masa usia kandungan 7 ke 8 bulan tu perotnya dah memboyot sangat dah. nak bangun pon susah plus kaki bengkak plak tu..memang rasa cepat la keluar duhai anak...

Simptom kencing kotor

Masa saya mengandung dulu antara simptom ialah saya kencing tak puas. Maknanya kencing macam tak habis keluar. Rasa masih nak kencing tetapi air kencing dah tak ada. kalau dah rasa macam tu selang sehari or dua hari siapla sakit kat ari-ari ni. Sakit sangat yang sampai tak boleh nak tegakkan badan bila berdiri.

Punca

Kerap kali juga saya melalui pengalaman ini dan kadang kala jadi fobia. Bila bertemu doktor , mereka akan tanya adakah awak kerap kencing. Jawapan saya tak. Sebenanrnya kencing kotor ni akibat jangkitan kuman di bahagian alat sulit yang menyebabkan merebak ke saluran pundi kencing. Sebab tu sakit di ari-ari. Tapi dalam kes saya ni mungkin kurang minum air sebabnya saya kerja dalam air kon. kalau saya minum air banyak nanti asyik perlu ke toilet. Perot dah memboyot memang malas nak berjalan la.

Cara Mengatasi

Kata doktor, kalau kerap kencing kalau kita tak lap dengan bersih yang menyebabkan lembap dikawasan kemaluan kita bakteria akan mudah membiak. Sebab tu kalau nak tahan lama makanan kena kering or letak dalam peti ais.. kalu suhu panas makanan cepat basi kan... betol tak?? macam tu juga lah penjagaan kawasan kemaluan kita. Perlu make sure sentiasa kering. Pemakaian panti liner juga tidak digalakkan. Sebabnya kadangkala ibu yang hamil mengalami keputihan  yang banyak. Ini juga akan leads kepada jangkitan bakteria. Its better for you to keep hygene and dry.


Kata Doktor




No comments:

Post a Comment