Monday, 22 September 2014

Movie Review : Walking Dead

Salam and morning guys...

Hehe pagi-pagi dah rajin nak melayarkan jari-jari comel i ni kat atas keyboard ofis ni... datang awal so ini lah kerjanya...Walking dead?? apa tu?? bagi penggemar cerita zombie mesti tahu cerita ni...


Ini adalah antara pelakon-pelakon yang memegang watak utama dalam cerita walking dead ni... sebenarnya cerita ni dah lama pon... tspi maklumla i ni kan ketinggalan sikit... tapi i punye tertinggal sekali tengok mesti abis season punye... sekarang ni tahun 2014 dah masok season 5 so sebab tu lah nak buat movie review kat sini..

Kenapa Walking Dead?? Sebab cerita ni best la... i suke cerita-cerita horor macam ni...barulah adventure.. betol tak... ok lah ni saya nak story sikit pasal cerita ni.. tapi dari season 1-4 je la ek...kang basi pulak yang season 5.. hehe


ok cerita ni start dengan hero yang bernama Rick Grimes, seorang polis bersama kawan baik dia Shane Walsh. Satu hari Rick ditembak dan cedera parah..so si Shane ni bawak dia ke Hospital tanpa pengetahuan Lori iaitu isteri Rick. Tapi nak dijadikan cerita, ada huru hara berlaku tanpa pengetahuan mereka dimana tentera diberikan kuasa untuk membunuh semua orang kerana ada virus yang telah merebak namun puncanya tidak dapat dipastikan. Shane pada masa itu bersam Rick di Hospital. Oleh sebab keadaan yang huru hara dan rick yang tidak sedar Shane terpaksa meninggalkan kawan karib dia ni kat hospital dengan memblok pintu bilik Rick dengan Katil yang bersepah-sepah di luar bilik. Tidak pasti berapa lama selepas kejadian itu, Rick sedar dari unconcious dia tu dan keluar dari bilik dia. Tapi Rick terkejot bila keadaan di luar biliknya itu lintang pukang semuanya dan seakan-akan sudah lama dan hanya tinggal dia seorang..

Sejak itu bermula la kisah Rick mencari ahli keluarganya. Dalam pencarian itu, Rick bertemu dengan Morgan dan anaknya. Merekani lah yang rawat si Rick ni sampai Rick mampu berjalan dan jaga diri dia sendiri... Selepas itu, mereka terpisah sebab Rick nak mencari Lori dan anaknya Carl Grimes. Cari punya cari, rick berjumpa pulak dengan Gleen yang selamatkan dia daripada di makan zombie yang sangat banyak dan tengah lapar tu. Glenn ni pergi cari bahan makanan dan ubat-ubatan kat bandar Atlanta tu dengan beberapa orang kawan dia iaitu T-dog, Merle, dan andrea. Selepas selamatkn rick dan meninggalkan si Merle kat atas bangunan mereka pulang ke base yang terletak jauh dari bandar Atlanta. Sampai je kat base Rick sangat-sangat gembira sebab isteri dan anak dia ada dekat situ bersama shane yang bagitahu dekat lori sebelum tu yang si Rick ni dah mati sebab ditinggalkan kat hospital. So Rick happy tapi Lori??? haa cane nak happy sbb dah bersama dengan si shane tu sebab dia diberitahu yang Rick dah mati kan... Konflik Cinta tiga segi pon bermula antara Rick, Lori dan Shane. Yang menariknya, Shane ni rapat dengan anak si Rick  ni... itu membuatkan Lori susah hati.

Yang ada dekat Camp tu ialah Daryl, Dale, Carol, Amy and Sophia. Lupa nak cerita, Daryl adalah adik kepada Merle manakala Carol dan sophia ialah ibu dan anak. Andrea dan amy iailah adik beradik. Beberapa hari dekat camp tu tiba-tiba satu malam zombie dah sampai kat camp tu dan makan amy. Lepas tu dorang cari tempat perlindungan baru. Dalam pencarian tu sophia pulak hilang. Masa mencari sophia, Rick, shane dan Carl masok ke dalam hutan. Tiba-tiba ada orang nak tembak kancil tapi tertembus badan Carl. So orang yang tembak tu bawak la dorang bertiga ni ke rumah dia yang dipunyai oleh Hershell. Hershell ni doktor haiwan. Tapi nak selamatkan Carl ni kena lakukan pembedahan .. so dalam misi mencari  kelengkapan dekat kem tentera, Shane telah tembak orang yang tembak Carl selepas semua kelengkapan diperolehi. Tapi shane cakap dia tidak dapat selamatkan orang tu.. lupe la nama dia... tak glamer pon tu yang tak tahu...hehe watak dia pon skejap jer pastu dah mati kan... lepas tu carl pon selamat..

Lama dorang ni duduk dekat ladang tu. Glenn jumpe girlfren dia kat situ iaitu anak hershell nama Maggie. Jeng jeng jeng...banyak lagi berlaku ni... nanti i sambong lagi yer...penat la pulak menaip ni rupanya... c you guys.... muah!! Stay tuned ok...

No comments:

Post a Comment